Wednesday, August 21, 2013

Yang Terakhir [Episode 1]

Assalamualaikum. Pertama dan mula-mula sekali ak ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin. masih belum terlambat lagi kan? so, hari ni dah masuk 15 Syawal. puasa enam hari di bulan syawal ni sudah ke? kalau x, bile lagi nak start? sunat je..tapi besar pahala yang dapat. oke, stop. 

seperti tajuk tertera kat atas tu..ini merupakan entry terakhir ak kat dalam blog khas ni. haha. sepatut nya dah lama blog ni kluarkan entry penutup. tapi yalah, penyakit malas tu sungguh menebal di tambah lagi dengan aktiviti merelease kan tension tahap maksimum dan hilangkan stress yang kaw-kaw pabila berada di rumah. kurangnya aktiviti bersosial di laman sosial juga antara pemangkin utama untuk aku tidak menyiapkan entry ni. 

oke, ak pon dah xreti nak cerita sebab kebanyakkan cerita semua tu dah basi dimakan bakteria dan agen pereput dah. part-part mane yg ak ingt, ak story je la kat sini yer.

okey, ak strt citer pasal final report la yer (thesis), ak jarang menggunakan perkataan thesis, sebab ak pnye SV xsuke bile ak sebut thesis.. "taraf degree ni sebenarnya buat report, bukan thesis..dorang semua salah tafsir" tapi kat buku yg aku jilid tu tulis thesis jugak..kat muka surat tu, FKE letak borang "declaration of thesis" , die x bising plak? eh, bunyi mcm x puas hati dengan sv je..? ade la sikit, tapi ak dah bermaaf dan bermaafan dgn beliau pada hari terakhir pertemuan kami. hehe. *tp kat dalam ni ak bnyak pakai thesis, baru nmpak grand sikit. hehe

Salah satu benda yang ak dapat, time menyiapkan projek ni adalah menyiapkan thesis adalah lagi sukar dari menyiapkan projek, simulation, hardware dan sebagainya. sape-sape yg dah lalui, tahulah mcm mne seksa nk siapkan bnde ni. bontot tu dah jadi flat! mata tu dah jadi macam beruang panda. yelah, bnde ni nk kene buat sendiri, mana boleh copy paste..yang menjadi lagi rumit, sebab kene type dalam computer. ni satu hal lagi, kat dalam resume, tulis excellent dalam penggunaan microsoft words. tapi time nk ejas margin, spacing, numbering, bla bla bla..tp dalam proses penyiapan thesis, kantoi! haha. 

juga antara part yang paling best dalam siapkan benda ni adalah anda terpaksa korban kan tidur malam. haha. ak pernah la jugak 3 kali xtidur mlam. 24jam depan laptop. agak-agakla, 24 jam tu tolak waktu makan, solat, online sesekali utk hilangkan rasa nk "muntah" tu. akibatnya, mata beruang panda la jadinya. haha. yang kes 3 kali tak tidur malam tu, sebab kerja smpai last minit. ala-ala pahlawan gitu, "sampai titisan terakhir". esoknye nk kene submit draft..so, pulun habis-habisan la jawabnye. nasib baik la draft thesis ketiga dah diterima, bayangkan kalau draft tu terjadi smpai ke 10, ke 20, mmg akan wujud sekor zombie pertama kat utm tu. 

teringat plak kat kata-kata Duan time kami sama-sama berada di PSZ utk siapkan thesis tu, "hang tau dak, sebab thesis la ak jadi trauma nak sambung master" smpai begitu sekali penangan thesis ye yob? haha. tapi walauapepon, bende ni xkan jadi sukar jika ade satu time frame yg betul. macm kawan perempuan aku yang lain, ade je yang siap awal. tapi siap awal bukan bererti mereka tidak menderita. hehe. cumanya xde lah smpai mnjadikan bnde ni beban, cuma enjoy..kate org puteh, keep calam and follow the schedule. oit, tp jgn la plak ingt ak ni malas sgt..cumanya time ak tu, department aku lambat sikit adakan presentation, then terus final exam. style ak ni, xleh fokus bnyak-bnyak bende dalam satu masa. so, terpaksa la cover situ sini dalam masa yang terhad.......ahh, alasan je tu, kalau ikut jadual, semua akan beres!!.. terpulanglah..masing-masing punyai kemampuan yang berbeza.  *ak pernah jugak ter..ter okay, terekeluar air mata syahdu..sebab kene marah dek sv.. oke stop!


gmbar kat atas tu merupakan thesis ak yang dah disiap dengan jayanya...nmpak x? xde la tebal sangat kan? tpi aku punye komen, keluhan bla bla... mcm dh buat thesis utk master. macm die je sorang yang buat thesis, org len x! haha... ade 4 copy, dua utk utm, satu utk sv dan satu lagi untuk ak pnye penaja. dpt jugk la sikit untung kat situ, cos jilid, print dalam seratus lebih, claim dgn penaja dapat rm tiga ratus. hehehe.. sedikit penambahan pasal thesis, bertapa jelesnye aku bile tengok org lain duk posy gmbar thesis mereka yg dah siap kat FB. ak masih lagi duk kat kedai dlm proses jilid. lagi syok bile org post gmbar thesis, tapi aku tengah buat, tengah type kat dalam komputer ni ha.. hehe (tapi tu budak bagus, berapa kerat sgt yg siap awal. hehe)

oke kejap..jap..*smbil click kat preview. mak aih, dah panjang rupenye entry ak kali ni. xpe..dengan ini, ak akan type episode 1 kat bhagian tajuk tu. hehe. xlarat ler.  lagipon, klau cerita panjang-panjang pon bosan jugak. bagi hadam dlu bnde-bnde yg ak mengarut tadi kat benak pemikiran. he he he.



Thursday, June 13, 2013

Last payyyper !

" Please stop writing...."
maka tamat sudah peperiksaan akhir semester ini..horrayyy!!! sempat juga lah bergambar sebgai kenangan..

Hehe..sempat lagi ak snap satu dua pic b4 start exam. siap instagram plak tu.


Yang berkopiah putih tu, Dr. Muhridza. lecturer untuk section 02. Aku pnye lectrer xde plak lam gambar ni.
 Nampak x muka budak2 tu ceria semua? haha..betul atau salah, dah x kire..yg penting semua dah lepas. lagipon, kebanyakkan course work utk subjek IVAT ni, semua tinggi-tinggi belaka...so, utk final, kene score sikit je lagi..hehe..


xboleh horray sangat..thesis dan report belum siap la derr...

Thursday, June 6, 2013

Final Report & Final Exam

Merujuk kepada tajuk diatas, makan entry aku kali ini semestinya akan berkisarkan tentang final report dan final exam. hehe. before tu, post gambar sket...foto 1 (mood menulis report katakan), menunujukkan  gambar classmate ak untuk subjek Power System Control. subjek ni subjek elektif, so..mmg x ramai la. gambar tersebut, diambil sempena class terakhir untuk sem nie. kalau x silap aku, gmabr tersebut bertarikh 23 May. Kredit kepada Kecik utk gambar ni. 
Foto 1: sebahagian daripada budak class aku.
Stop pasal class terakhir. setelah beberapa minggu bertungkus lumus menyiapkan simulation untuk final year project aku..Alhamdulillah, pada 30 May lepas aku telah membentangkan hasil kerja aku kepada para panel. nasib aku sedikit baik, apabila panel yg agak killer untuk department power x dpt dtg disebabkan urusan kerja lain. Fuhhh...lega yang amat! keseluruhan, semua berjalan dengan lancar..ade beberapa soalan yang aku dah dapat rasa untuk ditanya..dan ade jugak beberapa soalan aku goreng secukup rasa. 


Kanan: gambar aku time selesai presentation FYP1 dan kiri selepas selesai presentation FYP2.

Oke, tamat bahagian presentation. next step ialah penyempurnaan report. part yang agak leceh dan sangat berat untuk dilakukan. bukan ape. sedikit malas menyelubungi diri. yela, 30hb present...5 hb pula first paper utk final exam aku. so, mmg aku fokus lebih kat paper pagi td la. utk paper pagi tadi..oke la. soalan kurang tricky. cuma soalan satu dah hilang hampir 15 markah kat situ..hhehe...tibe2 blank. xtahu  cmne nk selesaikan soalan berkaitan fuel cost..5minit terakhir baru idea dtg..mmg x sempat la. harap2, tiga soalan yang lain dapat score...next paper 10hb dan 12hb. then, horrayy!!! eh..jap. belom bleh horray sepenuhnya..thesis/final report belum buat lagi. ermmm...

*btw, hari ni aku tukar template blog aku. hehe.bosan dgn design lame. cuma apply yg sediada je..simple.

Tuesday, May 28, 2013

Tiga minggu je lagi?

oke jam sekarang tepat pukul 12.00 tengah malam. eh, dah masuk 12. 01 minit malam. oke, luangkan sedikit masa 30minit utk blog yg agak lame kesunyian. tepat jam 12.30 minit aku akan stop, x kire la  sempat hbis tulis atau x. nampak, punctual x aku kat situ?? hehehe.

Rugi, xsempat nk update beberapa cerita best yag agak berliku sepanjang dua, tiga minggu kebelakangn ni. sebab utama? PSM dan Test..yg berderet2. hari ni aku gagahkan jua, dan sanggup mmbazirkan 30 minit yg beharga demi blog ak yg mungkin akan bernilai 5-10 akan dtg. (bernilai utk aku la..) Plus minus, ade org duk tnye blog aku..kenape x terupdate..minat sangat nk bace cerita aku agaknye. so, coret la sikit..sebagai buah tangan untuk die yg selalu nk singgah ke sini. wakakwakwa!

oke, mula-mula nk cerita pasal test. Alhamdulillah, 2nd test untuk semua subjek dah pon ak lalui. jadual untuk 2nd test pon boleh tahan pdat, semua nk berderet2 je..so, sebagai seorang perintis engineer masa akan datg..kerje last minit mmg x boleh dielakkan lagi. haha..bile test berderet2 gini berlaku, mksudnye kene buat OT la untuk study semua subjek tuu..haha..untuk test power control, soalan dalam latihan sgt lah mudah. example dalam notes sgt lah mudah. tapi time keluar test, teramatlah sulit. x susah pon. sulit je. terpaksa ambik masa yg lame untuk aku selesaikan...even lectrer dah bg extra time sebnyak 20 minit pon ak x dpt settlekn lagi. lembap mcm siput! then, IVAT. sape2 yg study past year exam mmg merupakan org yg paling bahagia pada saat dan ketika itu. soalan SEBIJIK-SEJIBIK!!!! haha. Soalan die menjadi tersangat susah jika x pernah jawab soalan final...tetapi menjadi sangt senang "as easy as ABC" malahan lebih senang dari tu jika sape2 yg duk buat latihan final. jadi teori dimana soalan:

1) didalam class : 1+1 = ?
2) assignment : 2x+5x = ?
3) test/exam : 25^3+67/54-18x+89+#$%^ = ?

berdasarkan fakta diatas, mohon, student jagan terpedaya dengan soalan2 dalam notes, dan assignment yg diberi...oke stop pasal test. cerita plak pasal PSM. ade lagi 15 minit. hehe

oke, pasal psm plak. seminggu lepas, penyiksaan mental yang teraamat sangat. sampaikan aku dah mula terfikir untuk menyusun jadual untuk sem depan. spt yg dinyatakan...sepatutnya, ni sem terakhir aku di utm. tp kalau aku duk susun lagi jadual sem depan tu bermakna?? faham2 la...ak mlas nk mention perkataan tersebut. takot aihhh!!

tapi semangat adiwira dalam diri aku ni ade la secubit lagi..menyebabkan aku gagahkan diri untuk terus mencuba. last2,,,dapat jugak la hasil..event simulation aku tu x dapat desired output. ak beranikan jugak berjumpa dgn SV aku...denga menceritakan beberapa masalah..dan muka sedih, dan juga ayat2 sedih manis aku...Supervisor,  yg dulu ak sgt takot dan beraggapan die tu seorang yg berhati batu, akhirnya mmberikan beberpa kata semngat. puhhhh...what a relief! boleh cek kat FB aku...siap quote lagi!

akhirnye berkat doa, dan usaha aku selama ini...mybe juga doa dari emak aku..sebab ceita kat mak yg PSM ni susah, dua tiga hari lepas aku dapt la desired output. even, terlalu bnyak harmonic and distortion kat aku pnye waveform..tp ptg td aku dah jmpe SV aku..die cakap dah oke, and acceptable. fuuuhhhhhhhh! lega seribu kali lega....tapi kene sindir di SV xsah nk cerita la..then, kene buat calculation untuk validate the result. mampusss...hari tu ak main try and error je...!! dipermudahkn lagi urusan..thanks god, lepas berjumpa dgn SV..ak tergerak untuk ke PSZ. then...kat situ la terjumpa dua buah buku yg amat sesuai untuk aku buat rujukan. haaisshhhhh!!! kenapa hari ni baru aku terjumpa buku tu???!!. fikir +ve, tu semua ketentuan tuhan...serius!ehh..ade lima minit lagi...cepat2..

sorry, mybe ayat..isi kandungan untuk entry kali ni agak berterabur. xtersusun. oke. gua xleh lame. btw, presentation aku pada hari rabu(29) ni ditangguhkan..kepada hari khamis(30hb). horray!! moga dipermudahkan segala urusan. ameenn!!


oke, to my sister. blog gua dah terupdate. boleh bace puas2, haha!

Sunday, April 28, 2013

minggu yang teramat bz, dugaan, berisiko!

tinggal beberapa hari je lagi sebelum negara kita, mengadakan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).  PRU-13 ini merupakan pengalaman pertama aku menjadi salah seorang pemilih dan undi saya adalah rahsia. he he he. walaupun baru je sebentar tadi satu SMS masuk ke dalam inbox handset aku, "sila balik mengundi dan undilah calon tuuuuttt untuk dun Manir N22". Seraya aku pon menjawab, "bereh booohh..nk balik kene la ejas bus..."" walaupun aku tahu msg tersebut pasti tidak akan dibalas.

kebetulan pula time tu aku tengah berada dalam satu meeting dan taklimat tentang bus untuk balik ke Terengganu sempena mengundi. bile cakap pasal bus, ak rase kalau kat dalam malaysia ni negeri yang paling payah untuk dapat bus adalah negeri-negeri di sebelah pantai timur, terutama negeri Terengganu dan Kelantan. ni berdasarkan pengalaman aku 3 tahun di Kolumpo, dan hampir 3 tahun pula di Johor. setiap kali musim perayaan, terpaksa berebut-rebut cari tiket. pernah satu kali tu, tiket belum dikeluarkan lagi utk dijual, tp aku dah ke kaunter bus bertanyekan pasal tiket.semangat x aku? pernah juga yayasan negeri terengganu sediakan bus kepada pelajar-pelajar yang berada di perantauan dengan menyediakan "bus free". bile free tu, almaklum sajalah..time kat KL dlu, pernah dapat sekali dan time kat JB pula pernah juga merasa sekali. untuk tahun-tahun berikutnya, dah x perlu kisah lagi untuk tiket balik raya. sebab kalendar akademik dah beranjak dan hari raya akan jatuh pada cuti semester.

suasana pilihan raya terdapat jugak sedikit sebanyak terdapat persamaan dengan hari raya sebenarnye. yela, dah name pon RAYA. kan? kalau hari raya, duk sibuk perang mercun, tapi pilihan raya sibuk duk perang poster dan bendera, trend zaman skarang, buat replica plak. ade yag duk buat jet, kapal selam, kereta kebal, cincin rosmah, bag tangan rosmah, ape-ape lagi lah. kalau hari raya duk membazirkan duit bakar bunga api, mercun, tapi pilihan raya membazirkan duit duk print poster, cop bendera. sedangkan, kalau nk di ikutkan jumlah bendera terbanyak sedikit pon tidak mempengaruhi keputusan pilihan raya apatah lagi fahaman politik masing-masing. nampak x persamaan di situ? so, ape salah nye kalau jumlah perkhidmatan bus pon ditambah pada hari-hari tersebut. susah bro nk dpat tiket balik. duit bukan masalah. tapi kuantiti tiket itu sendiri yang terhad. kalau difikir dari level aku seorang pelajar, kenapa lah Abang Jib pilih tarikh yang x sesuai (sebab kami student, so tarikh tu mmg sangat x sesuai bagi kami). Ape salah nye kalau buat time cuti pertengahan semester lepas? tapi die buat tu, mesti ada alasan yang tersendiri kan? ade la sebab-sebab die. bile sebut pasal tarikh ni plak. teringat la plak aku pasal troll yg aku pernah terbaca kat FB. jap aku cari. hehe..


untuk minggu ni sahaja, gerak kerja psm aku agak slow sikit. sebab? bagi laluan kepada subjek lain. yela, dalam sem ni, bukan PSM je aku buat. subjek-subjek lain pon aku ambik jugak..so kene la pandai-pandai bahagikan masa untuk study dan buat kerja-kerja psm. tambah-tambah lagi, naik je dari cuti pilihan raya, berderet-deret test sedang menunggu. so? kene la cover dari awal-awal. klo x...hhmm pham2 jela. dan yang menjadikan minggu ku super duper bz adalah kerana gua terpaksa handle pasal "bus free" untuk balik mngundi kali ni. weeeeehooo! dan ini merupakan inisiatif dari pelajar-pelajar untuk memohon kepada yayasan supaya menyediakan bus setertusnya memberikan peluang kepada kami yang masih lagi tidak mempunyai tiket, pulang mengundi. dua buah bus kesemuanya. oke, jumlah keseluruhan 80 org.

ibaratkan pisang goreng panas. berdesuppp je mereka2 mengisi nama. termasuk la yag tidak layak mengudi. tapi bile ade lagi mereka yg layak mngundi, tetapi tidak mendapat tempat. so terpaksa la gua memohon yag telah mengisi nama tetapi tidak layak mngundi tarik diri. dah bertambah keje. xpasal-pasal ! tapi xpe lah, dah menjadi tanggung jawab kan. ( lagi-lagi, 3 minggu berturut-turut khutbah jumaat di masjid utm berkhutbah mengenai leadership) macam2 ragam dalam satu minggu ni. ade yg nak, pastu x confirm, ade yg bagi name..pastu tarik diri. haissshh, dugaan2. btw, tadi baru je aku buat perjumpaan dengan pelajar2 yg telah memberikan senarai nama. siap sediakan makanan plak tu. tapi 40+ je yg dtg. haish...yang x dtg tu terpaksa la briefing by msg. haisshh...satu kerja lagi!

perkara paling menguji dan paling berat sekali berkaitan dengan bus ni apabila tuuuuuuuuuutttttttt.... alamak, rase mcm xleh cerita la. bahaya. kang dikatakan memburuk-burukkan pihak tertentu. tapi, kalau x cerita, xbest la entry aku kali ni. ibarat makan nasi tanpa kuah. haishh..xpe la, xberani aku nk memulakan semua ni. ape yang penting time ni, berdoa la semoga semuanye berjalan dengan lancar. dan semua yang pulan tu, sampai kerumah dengan selamat dan kembali semula ke utm dengan selamat. insyaAllah.

waktu sekarang menunjukkan 2.35 pagi, dan aku masih lagi x tido. ermmm..xpe la demi update blog. sebab rasenye dah lame x terupdate. sebab tu la follower aku x ramai2. nasib lah, aku xde muka untuk dijual. so no point, untuk mereka-mereka singgah ke sini kalau ye pon entry ak ni x best. (dah la entry x best, badan plak x taff!! ) apedaaa aku mengarut pagi-pagi buta gini. penangan 100+ kot sebelum balik tadi?  ha ha.

esok nk tengok team kipas udang main. semoga jadi champion lagi utk piala dekan kali ni!


Wednesday, April 3, 2013

Minggu Ke-8 yang sangat nervous!

Hari ni, 3 April 2013. merupakan minggu ke-8 untuk semseter terakhir. minggu di mana ak terpaksa submit segala progress aku selama 4 mingu sebelum ini kepada SV aku. yang menjadi masalah, progress terlalu la sikit kerada stuck di bahagian simulation. hadoii..ape nk jadi. td dah ambik initiative lain, dengan menghantar email kepada lecturer power electronic aku semester lepas. mintak tolong kat die. mudah-mudahan segala urusan dipermudahkan, ameen.

8 hingga 14 April (minggu ke-9), cuti mid sem bermula. menandakan kehidupan di semseter akhir ini masih lagi berbaki, 1 bualan, 3 minggu. (nervous nye...mase semakin suntuk, dan PSM aku masih lagi tak kemana.). Kemungkinan besar, jika mendapat feedback yang baik dari lectrer power electronic tu tadi, aku mungkin menghabiskan masa cuti ku selama seminggu di Kolej je. Harap2 dalam tempoh tersebut, progress PSM aku ber jalan dengan lancar. tapi kalau xmendapat feedback yg baik pon, aku mungkin balik lewat jugak. sebab tiket pon x cari lagi. almaklum sajalah, tiket utk ke pantai timur bukannya boleh beli on the spot. lagi lagi kalau musim cuti begini, seminggu paling awal dah kene beli. so..sama saja.

Btw, hari ni aku xde class (kelas satu jam hari ni cancel ). so, harap-harap di pemudahkan segala urusan, dan diberi kekuatan untuk menjayakan PSM aku...asalkan hari ni ade progress..so, boleh la update dalam buku log. esok atau lusa, boleh jmpe dengan SV tanpa segan silu. hehehe!!

SAYA MAHU LULUS & CEMERLANG DALAM SEMUA SUBJEK SEM INI. SEBAB BULAN 10 NANTI SAYA MAHU DATANG KE UTM,  HANYA UNTUK MAJLIS GRADUASI SAHAJA !!


sensgasara ber PSM sampaikan aku dah berkali-kali mimpikan pasal bnde ni. 

Sunday, March 24, 2013

Keep in Touch yaa!

Fullamakatak!!! bizi-bizi-bizi! bahang kebizi-an sudah mula terasa. adoiii..sorry peeps, xsempat update kebelakangan ni. ni post yang kedua untuk bulan nie yg dah nk habis bulan. nekad pada awal-awalnye nk terus aktif dalam blog edisi khas ni, tapi x teraktif jugak. So, sementara menunggu isya' ni..ak gagahkan jari jemariaku menari-nari di atas keyboard ini, menzahirkan ape yang sedang bermain di benak pemikiran ku.

Objektif utama entry kali ni? dah tentu nk keep in touch dengan follower aku yg hanya ada dua org tu. wakaka! gurau je beb. okey cite pasal bz, PSM aku mcm siput je die punya progress! tiap-tiap minggu kene jumpa SV. tapi xtau nk update pasal ape. esok isnin. dah masuk minggu ke 7. Hallamak...minggu ke9 dah strt cuti mid sem! konfirm xbalik la aku gini. lusa, yaitu..26,27 dan 28..test berderet2..utk subjek Power controll, IVAT dan Power Analysis. Respectively. 

Study pon sikit2 je. Cmne nk score nih?? hari ni dan semalm attend kursus Matlab. sangat menarik. belajar banyak bende. tapi ade jugak bnde yg aku dah belajar..tapi ingat-ingat lupe. Tapi kursus tersebut x mencapai matlamat aku. sebab silibus die x masuk sampai ke SIMULINK. hadoiii..(SIMULINK tu aku guna untuk simulation FYP aku). tapi xpela. menggunakan konsep "life long learning". seronok sangat smpai dua hari ngadap komputer rase begitu pantas berlalu! maybe obsesi aku terhadap perkara2 berkaitan komputer ni terlalu tinggi..sehinggakan, wanita dan komputer, aku lebih sanggup memilih komputer.(untuk saat dan ketika ini la, lepas ni yg maha esa je yg tahu) ececece...

okey. kedengaran azan telah berkumandang. tandanya ak terpaksa stop dlu. sebab lepas ni nk g mkan. dah mmg time makan, mesti  lepas isya'. hehe. lepas makan sambung study sikit. rajin x? wakaka. ok, sebenarnye dah dua hari aku x sentuh RO2. (hanya org terdekat je tahu ape itu RO2). satu perkembangan yg bagus! next time, lepas test, kalau ade mase terluang..aku akan upadate sikit cerita pasal minggu lepas. haha, basi pon basi laa....cerita pasal picnic bersame budak2 class kat pantai Batu Layar. (yang pasti gatal kat kaki aku ni x hilang lagi!!!)

oit. azan dah hbis. stop la dlu. jmpe lagi di masa dan waktu yg same. ayyyooo...mengarut lagi. dah2 stop!!
k-bai

X.O.X.O...PUBLISHHHH!!!!...(publish aku tu, smpai tersembur air liur)

                                   

Monday, March 4, 2013

(The Best Trip Ever)* sila conjugate kan title ini



“Yeahhh…this weekend, we are going to SINGAPOREEE!!!! “ masih terngian ngian lagi ayat tersebut didalam kepala aku. Tanda excited yg amat! Mane tak nye, nak pegi obersee!! Berminggu minggu dah plan utk kesana.  Tanggal 2 march 2013, yang mana jatuh pada hari sabtu berlepas la kami ke sana. Lawatan tersebut merupakan lawatan berkumpulan dan hanya berdurasi selama satu hari sahaja. Untuk mengetahui liku, perjalanan kehidupan aku dan kawan-kawan disana, jom berfantasi bersama aku di perenggang seterusnya.

*skip ke perenggang terakhir jika tidak berminat untuk membacanya, atau anda boleh pegi ke butang pangkah, dengan kejamnye memangkah blog ni  dari pandangan anda ;)

Cerita bermula. Terus terang ak katakan yang aku x study pon pasal map Singapore atau tempat-tempat menarik untuk dituju. Sebabnye, hajat dihati ingin memasuki USS. Oleh kerana disebabkan terdapat kekangan dan halangan yangperlu ditempuhi dengan onak dan duri, hajat untuk kesana terpaksa di batalkan dan di gantikan dengan tempat-tempat menarik yang lain. Oke, xpe.. aku enjoy. So untuk trip kali ni ak hnya follow leader je. Tujuan lawatan ini diadakan tidak lain tidak bukan adalah untuk sebagai memenuhi aktiviti-aktiviti kami di semester terakhir bersama kawan-kawan dan mencalit sedikit kenangan abadi didalam memori kehidupan kami. Sebelum tu, cerita sedikit latar belakang peserta. Jumlah peserta seramai 12 org, masing-masing tidak pernah ke sana, kecuali leader kami yang pernah beberapa kali menjejakkan kaki ke sana. Wakaka! Oke itu baru mukadimmah.

Pagi sebelum bertolak sempatlah keluar mencari sedikit bekal spt roti dan air untuk tujuan mengalas perut dan bekalan jika berlaku kecemasan. Yela, kat Singapore tu duit dia lebih kurang dua kali ganda dengan duit kita. So, student mcm aku ni bukan nye berduit sangat. Tukar RM 150, Cuma dapat sekitar 60 dollar je. Dan kesilapan pertama ak adalah tidak menyediakan bekalan ubat untuk kesana, iaitu “dadah” yang paling aku gemar ketika sakit kepala datang melanda, Panadol ! Overall, kelihatan seperti berjalan dengan lancar pada pagi tersebut.  Noted that, 150 tu bukan untuk shopping, Cuma untuk survive kat sane aje okay!
Skip cerita isi perut, isi minyak dan perkara-perkara tidak penting yang lain, kita teruskan pengembaraan membaca pada part ketibaan di perkarangan imegrisen Malaysia. Perkara pertama ialah mencari parking yang sesuai untuk kereta. Nice, dapat parking yg sesuai. Sebelah dengan Johor City Square (CS). Bayaran pon baru RM 10 utk satu hari. Segalanya “perfect” untuk part parking, seterunya pemerksaan imegrisen Malaysia, sehinggalah menaikki bus ke Singapore!! Yeahhh..bakal menjejakkan kaki ke Singapore jugak akhirnya. Bisik aku dalam hati la. Wakaka!

Commercial break jap!
Oke, Pengembaraan bermula!

Bajet betul budak ni. buat-buat tengok map. last skali, lost jugak. haha!
Kami dah jejak kaki ke Singapore! Oke, next part agak leceh, kadang kala agak melucukan juga. Pemeriksaan imegresen Singapore. Ketibaan kami di sambut dengan sedikit dingin oleh seorang seorang staf kat situ, look like he is “ ca ya nun alif” muka memang mintak penumbuk! Tapi Negara die, nk buat mcm mane.lagi pon, kami ni foreigner kat sini.  Positive thinking, tuhan dah cipta rupa dia mcm tu. Terimajela. Oleh kerana kami menggunakan passport bekumpulan, so kami terpaksa beratur panjang pada satu kaunter, walaupun ade kauter lain yang kosong, maybe sebab tu die tarik muka, xde orang pergi kat kaunter die. Haha. Dan part yang paling leceh apabila petugas yang bertugas di lane kami tu masih baru, newbie dan sedikit noob untuk menguruskan hal berkaitan passport bekumpulan. Call orang atasan la, masuk beratur, keluar beratur, lepas cam muka, cam muka lagi dan yang paling xtahan, xde cop utk stamp kat passport kami. Sungguh awkward! Mnyebabkan orng sekeliling tengok mcm kami ni pendatang yang bermasalah je.
 Settle semua masalah. Sekarang kami berada di perhentian bus Keranji. Next destination, (menurut kawan aku la) Sentosa Island. Bermaksud, kami kena menuju ke Harbour Front untuk masuk kesana. Menaiki MRT. Ak time tu dah x ambik port mengenai urusan perjalanan, kerana kepala dah mula rasa berdenyut, tp aku cool. Wakaka! System MRT die pon lebih kurang mcam kat subway korea jugak. Mudah nk baca, Cuma kena tahu destination nk tuju. Kalau la aku sesat kat situ, mmg  x takot sangat, sebab leader dah terangkan supaya jika belaku kehilangan, tertinggal trip atau ape2 hal yang melecehkan sila berkumpul di stesen bus keranji pada pukul 9 malam. Okey! Other than that, sila enjoy!!!

Bla..bla..bla..smpai la kami  ke Sentosa station, time tu belum Zohor,(lebih kurng 20-30 minit) tapi dah hampir masuk waktu.kesilapan dilakukan disitu kerana tidak mengutamakan solat terlebih dahulu. Dengan alasan, boleh solat kat dalam nt. Oke, time kat dalam tu tempat pertama dituju, sebab mengikut laluan sentosa ekspress, ialah Waterfront station. Smpai kat situ sempatlah juga makan sedikit bekal yang dibawa dari Malaysia. (chewah, ayat..) okey kat situ ade satu aquariu terbesar didunia. Die tulis kat wall tu la. Xtau la kalau die tipu ak u, atau aku x faham English. Nak masuk dalam? Memang tak la. Beratur panjang untuk membeli tiket, sama mcm title aquarium tu. Barisan trpanjang di dunia untuk membeli tiket masuk aquarium. Haha. Bergambar jela kat kawasan2 situ dank at situ juga terdapt Malaysian Food Street. Tapi “kehalalan toyyiban”  die tu kurang pasti sebab nmpak seperti ca ya nun aliff je yang ramai memasak kat situ. Makan bekal sudah! Haha.

Xmasuk pon duk luar jee..

Accely, kaki dah mula berasa lenguh2 tapi tak smpai nak tercabut lagi. Next station, Merlion Plaza. Kat situ ade satu dataran yang tertulis  S E N T O S A.  dan satu replica statue singa yang menjadi trade mark Negara Singapore, tap singa ni sangat besar dan boleh panjat, dan masuk kat dalam tu untk melihat permandangan yang “nice” di sekitar pulau sentosa tu. Awan mendung menandakan hujan bakal membasahi bumi Singapore bila-bila masa sahaja. Takdir yang memisahkan dan henda dijadikan drama, empat oaring daripada kami bergerak ke escalator to Imbiah Lookout. Oleh kerana tidah larat untuk mengikutti mereka, kami Cuma tunggu kat dataran tu je sambil melihat suasana yang “nice”. Wakaka! Solat pon x lagi, hujan lebat hampir turun. Dan kami berlapan masih menunggu 3 anggota rombongan termasuk leader untuk turun.  Yela nak, SMS sayang kredit. Then, hujan turun denga lebat, kami semua stuck kat situ. Msg yg dihaantar pon tidak berbalas. Kami yang tinggal ni bagaikan anak ayam kehilangan ibunya. Wakaka. Next, Khai, delegate as leader. Haha. Oleh kerana x solat lagi, kami bercadang untuk menaiki sentosa ekspress hingga ke hujung sut (ini loghat Terengganu). Iaitu beach station, mana tahu kalau bernaib baik dapat berjumpa kembali dengan mereka. Bad luck, last2 kami keluar je dari sentosa island tu mencari masjid. Untuk menunaikan solat Zohor di akhir waktu. Boleh tahan la, panjangnye cerita untuk mencari laluan keluar sehinggakan aku skip terus sehingga part kami sampai ke masjid.

boley la, buat kenagan.
Sebelum kejadian "loss and found"
Setelah hampir 20minit perjalann, skru2 kat lutut ak ni dah dirasakan semakin loos. Alhamdulillah, sempt menunaikan solat di masjid yang aku lupa untuk mengetahui namanya. Tapi yang pasti, paling hampir dengan Harbour Front tu.  Sepakat mengatakan untuk menunggu sehingga waktu asar sebelum memulakan perjalanan. Kadang2 terfikir untuk tidak lagi menuruskan perjalanan (letih wa cakap luu!!) tapi memikirkan sekrag ni da berada di “obersee” jom la habiskan trip ni  dengan jayanya. Wakaka! Ayat aku dah merapu. Sempat jugaklah bertnya kepada bilal di masjid tersebut gerai makan halal terdekat. Next destination? Foodcourt terdekat! Haha. Ape dah jadi kat 4 orang lagi kami pon dah x tahu.
Oke, commercial break sekejap! X larat dah nie. Haha untuk kali kedua selepas di korea aku berbisik didalam diriku bahawa Malaysia lagi indah dan best! Xsabar nk balik tempat sendiri!!!!!

Dah macam geng tabligh plak.
Makan pon sudah, rasenye seperti nk balik ke masjid tadi untuk rehat sehingga balik. Tapi memandangkan sebelum bertolak  ade berbincang untuk berkunjung ke snow city. Kami menuruskan juga langkah untuk kesana. Ambik kau, dari surau tersebut ke snow city lebih kurang 2 kilometre. Tu mengikut GPS  si Aizu la. Tp die bawk lalu jalan short cut, sehingga dapat reduce beberapa meter pon ak x tahu. Sebab aku dah x ambik port tentag ape yg mereka bincangkan, kepala dah berdenyut derr!! Seb bek la otw ke sana terjumpa seven eleven. Sempat jugak la dapatkan dua biji pain killer. Pukul 5 kami bertolak, lebih kurang pkul 7, kami sampai ke sana. Dan bernasib tidak baiknya, tempat yang di tuju dah tutup!!!! Waarghhhh..penat berjalan x habis lagi !!! semua GIVE UP!!!  Next, meneruskan perjalanan dari snow city tu ke masjid Al-Mukminin. Kali ni aku concern pasal nama masjid ni. Haha. Otw kemasjid tersebut, aku la berjalan paling belakang. Dengan menggalasbeg yang berat, kepala pon berat, kaki plk terasa seperti nak tercabut. Kenapa la ak xterfikir nak naik bus je time tu. Setiap kali terjumpa bus stop mesti berhenti sekejap untuk rehat. 7.45 smpai kat msjid tu. Serius aku xleh gmbarkan mcm mane keadaan kaki aku time tu. 8.00 aku tunaikan solat magrib, kepala aku time tu dah seperti di awan- awangan. Kalau la ade REST and GO macm kita biasa lihat kat shopping2 complex, alangkah indah nya hidup time tu!! Tapi Alhamdulillah, sempat jugak la mendapt input2 dari ceramah agama dari masjid tersebut.

Otw ke Snow City. jumpe plak dengan science cetre. tutup jugak!
Next, ak x pasti nk klasifikasi kan samada berita tersebut berita buruk atau baik, Seli mengtakan yang group empat orang tu lagi akan tiba di keranji pada pukul lebih kurang pukul 10 mlm. Wat the joke!? Entah la. Ak pon xleh fikir lagi masa tu dengan keadan kepala yang berat gile time tu.. berbekalkan beberapa jam lagi, kami meneruskan kembara berjalan kaki kami lagi ke stesen MRT yg aku pon x ambik tahu nama nye, tap station Jurong East mmg familiar sgt dgn telinga dan mata aku. Mksunya, mybe aku naik kat station tu. SUMPAH, aku dah mcm mayat hidup. Xbleh fikir ape2 lagi Cuma ikut je budak2 ni jalan. Train pon smpai, dalam hati dah nekad! Nk dudku je dalam train dari awal hingga smpai ke  station Keranji. Nseb bek la xde makcik or pakcik tua yg berdiri depan aku. Boleh la jugk aku lelapkan mata sekejap, yeah!! Penderitaan bakal berakhir!

9.15 kami smpai di Station Keranji. Dengan merasakan keputusan kami adalah keputusan yang tepat untuk menuju terus ke imegresion Singapore tanpa menunggu satu lagi group, kami pon menuruskan perjalanan dari  Keranji ke Imegresion. Tujuan nya tidak mahu bersesak beratur panjang menunggu bus, memandangkan satu bus yang dipenuhi penumpang telah berlepas ke keranji. So, next bus, kami tidak mahu bersesak2 lagi. Ibaratkan keluar dari mulut harimau, masuk pula ke mulut singa. DEMMM!! Terlupa passport yang digunakn adalah passport berkumpulan. So kami x lepas dengan imegresion. Memandangkan leader tidak berda sekali bersama kami. Atas budi bicara seornag staff yang bertugas die membenarkan kami untuk menunggu. Waktu menunjukkan  9.30 mlm. Tiba-tiba dating seorng lagi staff, mybe pangkat die tinggi dari staff tua tadi. Buat muka buruk, (ak x cakap ciptaan tuhan tu hodoh tapi dia sendiri yang buat. Burok lagi hodoh mcm cipan!! ) marah2 kat kami sebab menunggu kt kawasan tu. Staff tua tadi dia je. Last2 staff tersebut menyuruh kami pergi semula ke station bus keranji. And again, wat the joke?! Xkan kami nk balik semuala kat sana? Ak cuba membuat panggilan utk bertanya kan lokasi group satu lagi. Tp network bz.  Last2 die halau jugak. Okelah, fine. Tempat die, dan dia pon mejalan kan tugas, tapi jagan la buat muka buruk macam cipan! Senyum la sket.

Nice View yag perlu di blurrrrrrrr !!!!

ni pon same, blurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr !!!!!


BLURRRR!!! Khai terus cuba hubungi, last2 dapat. Katanya Sembilan station lagi utk smpai ke keranji. Okey la dah x lama.  Kami membuat keputusan untuk tidak ke keranji. Keran berpendapat, jika mereka smpai ke sini, dan kami pula ke sana. Keadaan akan mejadi sama sahaja. Cuma berbeza lokasi.  So, keputusan hnyalah menunggu di tempat bus (departure).  Hampir sejam menunggu. Khai cuba call lagi, hairan, 9 station tapi masih lagi tidak smpai. Akhrinya diberitahu lokasi mereka, satu station lagi utk smpai ke Keranji. Again, wat the Fish from Singapore ???!!! satujam utk 9 station? Okeyla positive thinking, ramai orng kot, or whatever.. dalam satujam tu, mcm2 bermain dalam fikiran dan perkara yang berlaku. Oke ak xnk cerita la.  Dan yang paling x tahan, tkiet bus kami berlapan jatuh luar dari kawasan emegresen.  Entah mcm mne boleh jatuh aku pon x tahu. Haha. Tangga ade je kat sebelah tu, tapi kami x boleh turun sebab kawasan larangan.  Sehinggakan ade satu petugas di situ pon x berani mnuruni tangga tersebut. Last2 petugas tu datang balik membawa seorang pegawai. Seb bek la si Aizu x buat perangai selamber turun camtu je. Kalau x jadi kes lagi la. Sebab menceroboh. Haha.  Lebih kurang 10.30 lebih2 sikit. Group satu lagi tiba di kawasan arrival. Kami pulak berada di kawasan departure. Dengan berhati kering, dan selamber, harap2 dipermudah kan segala urusan, kami cross je jalan tersebut. Nasib baik, pengawal yg berada kat stu diawal tadi telah hilang. Wakakak!!

Next, semua telah selamat smpai dan berkumpul kembali. Pemeriksaan imegresen singpore, lepas, then terus menuju ke Malaysia. Oke dalam perjalanan merentasi tambak johor, terasa teramat lega kerana penderitaan telah berakhir! Sampai JB,bla..bla..bla.. malang tidak berbau. Haha. Walaupun aku ade bau terbau sikit-sikit pada pagi sebelum berlepas ke Singapore. Jalan utuk keluar parking  ditutup sempena perayaan yag disambut oleh orang cina Malaysia. Especially cina dari johor sahaja. Entahla, kepercayaan masing2. Terpaksala kami menunggu event tu habis. Arghhhhh…mmg betul2 seharian yang teramat rugi! Last2 12.30 event tu hbis, jalan boleh dilalui semula. Tp jamm!! Pukul 2 aku baru smpai UTM. Dalam kereta mmg tertido la jawabnye sebab kepenatan. Nseb bek la khai tu pemandu yang boleh dipercayai. Haha. Smpai bilik, bukak fb, update status (cek la status fb aku yang 2 hari lepas), mndi tido…lupa kan segala kepenatan, dan mengharapkan pagi yang indah akan menjelma. Wakakakkaka!!!

Perenggang terakhir, kesimpulan. Tapi aku x sempat nk update. Xlarat dah ni. Sebab skrg tengah demam. Aku pon xtau kenapa. Mybe gmbar pon akan di upload kemudian. Nk kata letih pusing Singapore, mcm x logic. Sebab dah selang sehari. Tp pinggang aku masih sakit. Haha. Next time aku update. Sebab nk cerita pasal konclusi. CYA! 

Otw ke imegresion, dari keranji. haha. xtau plak yg masalah palk melanda lepas tu. hehehe

Penutup :  BARU UPDATE !!


Hye, Assalaamualaikum. oke hari tu dah janji untuk buat penutup. tapi sebelum tu, terpanggil rasenye untuk membuat perenggang tambahan yang mane perlu dan penting untuk dibuat bagi memenuhi tuntutan, setelah post mortem bagi program tersebut di adakan. Pertama dan mula-mula sekali, ingin di nyatakan disini bahawa kejadian "kehilangan" atau "perpisahan" untuk trip tersebut di sebabkan faktor komunikasi. setelah di bawak berbincang, rupa-rupenye Sentosa Island tu memang tidak punyai coverage utk line telepohone kami. oke, kedua-dua group telah pn berusah untuk menyampaikan pesanan ringkas (SMS), tetapi tidak berjaya. msg yang pertama diterima oleh kami sewaktu berada di sana ialah setelah kami keluar dari Sentosa Island tersebut. kedua-dua belah pihak telah berusaha untuk rujuk kembali, tapi apakah daya..takdi yang memisahkan kami. hahaha. dan untuk perkara "sembilan station" tu pulak. memang itu bukan joke. tapi benar-benar. kerana mereka berada di tempat lain yang mana satu station ke station seterusnya mengambil masa yang agak lama. time tu dalam kepala aku, sembilan station tu memang dekat-dekat separti laluan yang aku ambil. tapi jangkaan aku meleset sama sekali. so, ak memohon maaf terupdate blog aku ni terlalu awl sebelum post mortem diadakan. ermm.. oke, smapi kat sini jela perenggang tambahan.

konklusi nye! haha. dah masuk part konklusi nih. ak sendiri pon x tahu nak tulis ape. (haha. sekarang berada kat PSZ, so, rase sedikti noob, dan idea tu sedikit beku dan sukar untuk mengalir keluar. haha). so aku kongsika sedikit tips je la ea.

untuk yang pertama dan mula-mula sekali, perancangan mesti mantop! okey, untuk planning ni, aku yakin dan pasti bahawa leader aku, Omp dah plan secara rapi dan detail untuk program ni. tapi mungkin terdapat kesilapan dimana seluruh ahli yang follow hari tu tidak mendapat maklumat yang jelas. ak pon satu, langsung x buat research pasal tempat yang hendak dilawat. lagi-lagi malam tu jugak Bro dah share kat FB inbox tentang tempat-tempat untuk dilawat. selain tu jugak. pastikan juga sebelum perjalanan beckup paln setiasa tersedia. at least, in case of emergency kita tahu ape yang perlu dibuat dan boleh la survive. so, xde la trip korang tu daripada happening trip bertukar kepada miserable trip plak yer. hehe..

Tentang solat plak, sebagai muslim mestilah wajib kan. so, paling kurang kena tahu waktu solat kat sana, tu kalau jauh dari malaysia la. tp untuk case kami ni unik sket. yela, singapore tu dekat sangat dengan Jb. so, waktu solat die xdelah berbeza sangat. oleh kerana terlalu dekat,  so kami xboleh untuk membuat rukhsah solat. iaitu melakukan jamak. spt yg kita tahu, singpore tu bukanlah negra islam. so agak susah la nak jumpa surau-surau yang disediakan di kawasan mall mahupun tepi-tepi jalan. so, pandai2 la kite cari tempat tersembunyi sket untuk menunaikan solat. yang penting, x ggu org lain dan tempat tu bersih. sebab tu la, Omp dah ingatkan sebelum trip, supaya bawak sejadah. hehe.

Next, persediaan material, mental dan fizikal? ni dah terjadi, aku sendiri lupa bawak ubat. dah tahu kelemahan diri. tp boleh plak lupa. selalu je benda-benda begini diambil mudah. kalau xterjadi apa2 okeylah. tapi kalau dah jadi tu..ambik kau..seharian sakit kepala. haha.  next, pakaian yg sesuai, sejadah pon boley. makanan dalam paket dan ape-ape yg dirasakan perlu. Fizikal? haha. sangat perlu kot. kalau hari tu kat korea, behari-hari aku merana sebab sakit kaki. penat dek jalan jauh. kali ni, time kat singapore, macam nak tercabut lutut aku dibuatnye. haha. so, paling kurang pon kene buat sedikit persedian fizikal. tp kalo korang punyai wang extra, itu tidak jadi masalah. lambai teksi, naik je. atau boleh sewa kereta untuk kegunaan disana. Mental? haha..mybe anda-anda semua boleh mempersiapkan diri dengan segala kemungikanan yang kana berlaku. so, kena banyak bersabar. lagi-lagi kalau trip tu melibatkan kumpulan yang besar. segala kemungkinan boleh berlaku, contohnye, hilang..lost contact..ahli terlambat sampai, mcm-mcm lagi la.

ni tips extra. haha. kalau boleh, untuk kemmudahan juga, kalau melancong tu..biarlah pakai pasport sendiri. bukannya pasport group. bukan nye x bagus. tetapi pasport group ni kadang-kadang melecehkan. tp, pihak berwajib pon satu, harga nk buat pasport tu mahal sangat. hadoi. dah la kalau buat untuk satu tahun, tarikh valid nye hanyalah 6 bulan je. so, agak xberbaloi. tapi klau kaki melancong, dan fulus pon bekepuk. xde msalah la. dan yang terkahir, mybe kalau trip untuk satu hari mcm ni, xperlu untuk pergi banyak-bnyak tempat. contohnye kalau kat singapore, boleh fokus untuk Sentosa Island ataupon USS je untuk satu hari tu. so, xde la tekerjar kejar sangat. santai je.

and tips yang lain. korang boleh google je la ea. ni cuma aku sebut berdasarkan situasi yang telah aku alami je. haha. so, untuk kali ini memang silap aku sendiri (sebab dah dinyatakan). xboleh la nk salahkan sape2. sendiri buat, sendiri tanggung. Trip kali  ni mungkin agak merugikan, tapi banyak pengajaran berguna yang boleh diambil. Next, USS. sape mau ikot?

*ade orang cakap, kat singapore xde sampah, negara die sangat bersih. tapi aku bejaya juga mencari longokkan sampah di tempat bukan buangan smpah. sebab xde tong sampah disediakan kat situ. puiii..













Sunday, February 24, 2013

Layang-Layang punya Festival !

Oke. hari ni hari minggu. kebiasaanye kalau sem lepas mmg bz dgn PSM. tp oleh kerana permulaan semeseter..PSM tu buat x tau je.hahaha. kalau la SV aku bace ape yg aku tulis ni..mmg kene ceramah la jawabnye.


Fokus untuk entri kali nie.First time datang ke event nie, selama ni duk teringin je nk pegi sini. tengok layang layang besar. walaupun dah duk Johor nie hampir tiga tahun. seblum aku duk mengarut pasal citer aku petang tadi, meh ak bgtau sedikit sebanyak pasal event nie. untuk pengetahuan anda, pengnajuran Festival Layang layang nie dah masuk kali ke 18 yang  diadakan di bukit layang layang negeri johor, dan di anjurkan oleh majlis perbandaran pasir gudang dan beberapa kerjasama agensi lain seperti jabatan kebudayaan dan kesenian negeri johor, bla...bla..bla... seterusnya festival  n berlangsung selama 5 hari bermula dari 20 hingga 24 February, dan ape yang bestnye pasal event nie..ianya turut disertai oleh peserta dari luar negara spt England, Italy, German, Jepun, Filipina dan bnyak lagi.. tu ak sebut berdasarkan plate yang aku nampak tepi padang tadi. turut memeriakan lagi, pelajar sekolah dari pelbagai negeri pon ada, sebut pasal sekolah, teringat plak pasal aku mase sekolah randah dlu. teringin la jugka nk main layang-layang nie kat padang, tapi mak pulak x berapa berkenan dengan permainan nie. mmbazirkan masa katanye. telan air liur la jawabnye. dan yang paling best apabila dapat lihat layang-layang tu terputus tali. pastu sangkut plak kat pokok. haha.

stop pasal info, then ak smbung plak pasal alkisah petang tadi. kami bernasib baik cuaca hari ni cerah semacam je. sesuai sangat dengan aktiviti outdoor. rombongan kesana dengan tiga buah kereta. lebih kurang 4 petang kami bertolak dari kolej. boleh tahan la jgk lame dari skudai nk ke p.gudang tu. terlena la jugk ak dalam kereta tadi. hehe. jarak perjalan dan jalan jem dah diambil kira, akhirnya lebih kurang pukul lima smpai jugk di tapak festival. oke, sangat excited smpai kat sane! dalam kepala dah terbayang wau dan layang-layang berterbangan kat padang!!! haha

Meriah tak? gamabr ni ak google je. baru je sehari di upload oleh tuan tanah.
kononya, kemeriahan event tu mcm yg aku pernah tonton kat dalam majalah tiga beberpa tahun lepas atau mcm gmbar kat atas. (perghh..dah kaitkan dengan majalah 3 pulak!) tpi bila smpai kat padang x banyk pulak wau dan layang-layang nye. hampeh! maybe ni merupakn hari ke 3. So, event sebelah petang dah x berapa rancak lagi. tapi sempat la tengok beberpa layang-layang yang masih beterbangan kat atas tu.

tapi disebelah mlam pula, menurut juruhebah bertugas terdapat layang layang bercahaya. mcm mane rupa pon aku x pasti. mybe mcm tanglung la kot.  dan terdapat artis jemputan, Tam spider! wakka..artis pebrett tuu.. tp x sempat la nk tunggu smpai malam.


Super mario pn ade. haha!

ni pulak yag baru je bawak turun.
kalau korang tengok kat gmbar atas tu, nmpak x pengunjung kat belakang tu? ramai gile. walaupun event dah berkurang. maybe same kes mcm aku. yela..ade jugak yang datang dari jauh. oke, sebut pasal crowded ni, biasa sangat la kejadian kehilangan anak berlaku kat tempat mcm ni. tadi je berapa banyk announcement yg dibuat oleh juruhebah mengenai anak kehilangan emak/bapak. Pelik x ayat aku? yela..kalau dalam kes ni kebiasaanya emak/bapak yag akan kehilangan anak..tapi terbalik pulak. si anak kicil pula berda dekat dikawasan juruhebah sambil menyatakan tanda , nama dan perkara berkaitan dengan ibu/bapa mereka. dan mak/bapak pula terkedet-kedet pergi ke meja juruhebah. haha! so ibu bapa hati hati dengan anak-anak anda. kalau nk senang, ikat tali kat tangan anak tu.. wakaka!


Sorry, gmbar x berapa cantik. ak photographer amatur, dengan hnya mgunakan kamera kompak!

Oke, disebabkan kamera berda di tangan aku. so gambar aku x bnyak sangat. eh, satu keping je! haha. xpe la itulah nasib seorang photographer. ibarat lilin, membakar diri sendiri demi kebaikan. peribahasa? pon boleh! haha.. ermm..sorry Abam Yaya. gambar anda dengan Ika xde. haha..sebab korang berdua sesat. tapi gambar Khai dengan pasangan ada la plak. haha. tiba-tiba terserempak depan pintu masuk time kami dah nak balik. dating le tueee! 

Tiba -tiba ak nampak si Khai ni muda semacam je spt berada di zaman KL dlu. 
oke, lebih kurang pkul 6.45 betolak balik. and makan malam kat "payong" !! tapi kali ni  xde rezki nk merasa Abg besar, si Alep belanja. Next time, maybe?. oke..oke..oke.. mengatuk dah nie.. haha. cya!

Erwan Corner (Seri Putri) atau pon lebih dikenali dign nama Payong. 



*sementara menulis entri ni, 3 buah album avril lavigne ak habis layan. internet connection x berapa betul. typing, tp  x auto save rupenye. last2 lenyap separuh entry aku. saboo je la! oh ya, esok kenduri kat rumah Azam. majlis menyambut menantu. moga segalnya berjalan lancar. insyaAllah~ 

Friday, February 15, 2013

Troll pertama untuk sem ini !

Ni merupakan troll yang pertama untuk sem ni. Pagi-pagi plak tu!

Oke, untuk pagi ni, mengikut jadual class adalah pada pukul 9 pagi. okeylah 9 pagi..tak la terlalu awal. Alkisahnye bermula apabila mlam td ade notification kat inbox fb aku. yg menyatakan class dah tukar kepada 8 pagi.. what!!! awal tuuu..dah berapa semester x berkelas seawal 8 pagi..


Then, pagi ni bagun awal la aku jawabnye. (tapi bukan ke kite sebagai umat islam mmg kene bagun awal ke? utk solat subuh. lepas subuh x bagus tido. so, jagn buat alasan!)

Haha..aku pon dah terima dengan hati yang terbuka, event 4 hours ago, malas gile nak siap2 ke kelas. haha. ak ke kelas menumpang Pak Imam (bukan nama sebenar), so lima org la semua sekali dalam kete tu. Smpai je kat kawasan parking, nmpak kenderaan tersangat la sikit. cek kat kelas, xde org. xkan la kami berlima org yg paling awal. ya, tidak sama sekali!

suasana kelas seawal 8.05 pagi
TROLLOLOLOLOLOOOOOOO !!!

persoalan yang timbul :
1. kalau benar kelas tidak bertukar waktu, kenapa tidak ade seorang pon yang inform semula tentang pertukaran waktu tersebut? sedangkan ayam berkokok lagi aku dah on9 FB.

2. ataupon, mereka beranggapan kelas bertukar kepada pukul 8 pagi, dan mengambil jalan mudah iaitu tidak ke kelas, kerana kelas pada pagi ini cuma satu jam sahaja?

3. atau..atau..atau..atau mmg hari ni kami di takdirkan untk di troll sebegini rupa. wakakakaka!!

oke, xde rase nak marah atau ape pon. Chill broo!!... so, kepada informer sekalian..lepas ni pastikan maklumat tersebut benar-benar jelas dan konpem! haha. dari segi positivenye, kami xde masalah pon, alang-alang dah smpai kat sane, boleh jugk kmi bersarapan. Wakakaka!! 
Dari kiri: Seli, Sam, Pak Imam & Bro (Kesemuanya bukan nama sebenar)


XoXoXo...Pubblishh!!




Thursday, February 14, 2013

Perenggan Pembukaan = Mukadimmah

Pejam celik, pejam celik dah masuk semester baru. Hari ni merupakan hari pertama kuliah aku untuk semester ini. sekejap je mase berlalu, kini ak dah pon masuk ke sem terakhir untuk digree di UTM Skudai ni. InsyaAllah, kalau tiada aral melintang, bergraduasi la jawabnye aku pada bulan 10 tahun ni. Yeaaahhh, sekali lagi dapat merasa suasana grad kali ini untuk degree la pulak, ahaks!

Kenapa blog baru? kalau nak di ikutkan, blog lame pon x terupdate. kan?! hahaha..saje-saje gatal tangan la tu. Entah la tibe-tibe datang semangat baru utk buat blog edisi khas sempena kehidupan kehidupan terakhir sebagai seorang pelajar tahun akhir peringkat degree kat UTM nie. so, blog ni hanya valid selama beberapa bulan sahaja. insyaAllah, sekitar bulan Jun  (3-23 Jun) final exam akan bermula. Doakan aku supaya berjaya dalam peperiksaan tersebut, mudah mudahan hayat blog ini tidak akan berpanjangan. wakakaka!

idea untuk berblog baru ini timbul apabila lecturer dalam class tadi duk bising pasal buku log yang perlu ada pada seorang engineer dan juga tertarik dengan kata-kata Bro yang menyatakan kehidupan kita (aku dan rakan sebaya) sedang menghampiri zaman kemuncak bagi seorang remaja, bile  dah 25 atau takat didih, kemuncak, dan bila mencapai 26 dah mula menurun. kat sini ak bukan nk highlight pasal enjoy ke ape. Cumanya tidak lain tidak bukan hanyalah mahu mengabadikan secubit kisah kehidupan aku sepanjang beberapa bulan di alam maya yang serba moden ini..boleh? sedikit sebanyak, semua disebabkan terpangaruh dengan log book yang lecturer duk cakap dalam class tadi. wakakaka! jadi lepas ni, insyaAllah, bile dah berumur 40 tahun, agak2 rindu zaman remaja, zaman belajar, boleh la recall balik dengan bace kat sini. Diary? eee...pelis lah.

So, kat dalam blog ini, ak akan update sedikit sebnyak kisah-kisah, atau ape-ape perkara yang berkaitan dengan kehidupan aku dan maybe makhluk di sekeliling aku jugk akan di abadikan kat sini. maksudnya, bersedialah kamu dengan kisah-kisah annoying aku nanti. ha ha ha. Kepada stalker-stalker kat luar sana, ini merupakan hadiah istimewa untuk anda, khas! wakaka..bajet gila..melebihi si retis nih!!


XoXoXo..publish!! wakakaka...Lisa Sughihani stye!