Sunday, February 24, 2013

Layang-Layang punya Festival !

Oke. hari ni hari minggu. kebiasaanye kalau sem lepas mmg bz dgn PSM. tp oleh kerana permulaan semeseter..PSM tu buat x tau je.hahaha. kalau la SV aku bace ape yg aku tulis ni..mmg kene ceramah la jawabnye.


Fokus untuk entri kali nie.First time datang ke event nie, selama ni duk teringin je nk pegi sini. tengok layang layang besar. walaupun dah duk Johor nie hampir tiga tahun. seblum aku duk mengarut pasal citer aku petang tadi, meh ak bgtau sedikit sebanyak pasal event nie. untuk pengetahuan anda, pengnajuran Festival Layang layang nie dah masuk kali ke 18 yang  diadakan di bukit layang layang negeri johor, dan di anjurkan oleh majlis perbandaran pasir gudang dan beberapa kerjasama agensi lain seperti jabatan kebudayaan dan kesenian negeri johor, bla...bla..bla... seterusnya festival  n berlangsung selama 5 hari bermula dari 20 hingga 24 February, dan ape yang bestnye pasal event nie..ianya turut disertai oleh peserta dari luar negara spt England, Italy, German, Jepun, Filipina dan bnyak lagi.. tu ak sebut berdasarkan plate yang aku nampak tepi padang tadi. turut memeriakan lagi, pelajar sekolah dari pelbagai negeri pon ada, sebut pasal sekolah, teringat plak pasal aku mase sekolah randah dlu. teringin la jugka nk main layang-layang nie kat padang, tapi mak pulak x berapa berkenan dengan permainan nie. mmbazirkan masa katanye. telan air liur la jawabnye. dan yang paling best apabila dapat lihat layang-layang tu terputus tali. pastu sangkut plak kat pokok. haha.

stop pasal info, then ak smbung plak pasal alkisah petang tadi. kami bernasib baik cuaca hari ni cerah semacam je. sesuai sangat dengan aktiviti outdoor. rombongan kesana dengan tiga buah kereta. lebih kurang 4 petang kami bertolak dari kolej. boleh tahan la jgk lame dari skudai nk ke p.gudang tu. terlena la jugk ak dalam kereta tadi. hehe. jarak perjalan dan jalan jem dah diambil kira, akhirnya lebih kurang pukul lima smpai jugk di tapak festival. oke, sangat excited smpai kat sane! dalam kepala dah terbayang wau dan layang-layang berterbangan kat padang!!! haha

Meriah tak? gamabr ni ak google je. baru je sehari di upload oleh tuan tanah.
kononya, kemeriahan event tu mcm yg aku pernah tonton kat dalam majalah tiga beberpa tahun lepas atau mcm gmbar kat atas. (perghh..dah kaitkan dengan majalah 3 pulak!) tpi bila smpai kat padang x banyk pulak wau dan layang-layang nye. hampeh! maybe ni merupakn hari ke 3. So, event sebelah petang dah x berapa rancak lagi. tapi sempat la tengok beberpa layang-layang yang masih beterbangan kat atas tu.

tapi disebelah mlam pula, menurut juruhebah bertugas terdapat layang layang bercahaya. mcm mane rupa pon aku x pasti. mybe mcm tanglung la kot.  dan terdapat artis jemputan, Tam spider! wakka..artis pebrett tuu.. tp x sempat la nk tunggu smpai malam.


Super mario pn ade. haha!

ni pulak yag baru je bawak turun.
kalau korang tengok kat gmbar atas tu, nmpak x pengunjung kat belakang tu? ramai gile. walaupun event dah berkurang. maybe same kes mcm aku. yela..ade jugak yang datang dari jauh. oke, sebut pasal crowded ni, biasa sangat la kejadian kehilangan anak berlaku kat tempat mcm ni. tadi je berapa banyk announcement yg dibuat oleh juruhebah mengenai anak kehilangan emak/bapak. Pelik x ayat aku? yela..kalau dalam kes ni kebiasaanya emak/bapak yag akan kehilangan anak..tapi terbalik pulak. si anak kicil pula berda dekat dikawasan juruhebah sambil menyatakan tanda , nama dan perkara berkaitan dengan ibu/bapa mereka. dan mak/bapak pula terkedet-kedet pergi ke meja juruhebah. haha! so ibu bapa hati hati dengan anak-anak anda. kalau nk senang, ikat tali kat tangan anak tu.. wakaka!


Sorry, gmbar x berapa cantik. ak photographer amatur, dengan hnya mgunakan kamera kompak!

Oke, disebabkan kamera berda di tangan aku. so gambar aku x bnyak sangat. eh, satu keping je! haha. xpe la itulah nasib seorang photographer. ibarat lilin, membakar diri sendiri demi kebaikan. peribahasa? pon boleh! haha.. ermm..sorry Abam Yaya. gambar anda dengan Ika xde. haha..sebab korang berdua sesat. tapi gambar Khai dengan pasangan ada la plak. haha. tiba-tiba terserempak depan pintu masuk time kami dah nak balik. dating le tueee! 

Tiba -tiba ak nampak si Khai ni muda semacam je spt berada di zaman KL dlu. 
oke, lebih kurang pkul 6.45 betolak balik. and makan malam kat "payong" !! tapi kali ni  xde rezki nk merasa Abg besar, si Alep belanja. Next time, maybe?. oke..oke..oke.. mengatuk dah nie.. haha. cya!

Erwan Corner (Seri Putri) atau pon lebih dikenali dign nama Payong. 



*sementara menulis entri ni, 3 buah album avril lavigne ak habis layan. internet connection x berapa betul. typing, tp  x auto save rupenye. last2 lenyap separuh entry aku. saboo je la! oh ya, esok kenduri kat rumah Azam. majlis menyambut menantu. moga segalnya berjalan lancar. insyaAllah~ 

Friday, February 15, 2013

Troll pertama untuk sem ini !

Ni merupakan troll yang pertama untuk sem ni. Pagi-pagi plak tu!

Oke, untuk pagi ni, mengikut jadual class adalah pada pukul 9 pagi. okeylah 9 pagi..tak la terlalu awal. Alkisahnye bermula apabila mlam td ade notification kat inbox fb aku. yg menyatakan class dah tukar kepada 8 pagi.. what!!! awal tuuu..dah berapa semester x berkelas seawal 8 pagi..


Then, pagi ni bagun awal la aku jawabnye. (tapi bukan ke kite sebagai umat islam mmg kene bagun awal ke? utk solat subuh. lepas subuh x bagus tido. so, jagn buat alasan!)

Haha..aku pon dah terima dengan hati yang terbuka, event 4 hours ago, malas gile nak siap2 ke kelas. haha. ak ke kelas menumpang Pak Imam (bukan nama sebenar), so lima org la semua sekali dalam kete tu. Smpai je kat kawasan parking, nmpak kenderaan tersangat la sikit. cek kat kelas, xde org. xkan la kami berlima org yg paling awal. ya, tidak sama sekali!

suasana kelas seawal 8.05 pagi
TROLLOLOLOLOLOOOOOOO !!!

persoalan yang timbul :
1. kalau benar kelas tidak bertukar waktu, kenapa tidak ade seorang pon yang inform semula tentang pertukaran waktu tersebut? sedangkan ayam berkokok lagi aku dah on9 FB.

2. ataupon, mereka beranggapan kelas bertukar kepada pukul 8 pagi, dan mengambil jalan mudah iaitu tidak ke kelas, kerana kelas pada pagi ini cuma satu jam sahaja?

3. atau..atau..atau..atau mmg hari ni kami di takdirkan untk di troll sebegini rupa. wakakakaka!!

oke, xde rase nak marah atau ape pon. Chill broo!!... so, kepada informer sekalian..lepas ni pastikan maklumat tersebut benar-benar jelas dan konpem! haha. dari segi positivenye, kami xde masalah pon, alang-alang dah smpai kat sane, boleh jugk kmi bersarapan. Wakakaka!! 
Dari kiri: Seli, Sam, Pak Imam & Bro (Kesemuanya bukan nama sebenar)


XoXoXo...Pubblishh!!




Thursday, February 14, 2013

Perenggan Pembukaan = Mukadimmah

Pejam celik, pejam celik dah masuk semester baru. Hari ni merupakan hari pertama kuliah aku untuk semester ini. sekejap je mase berlalu, kini ak dah pon masuk ke sem terakhir untuk digree di UTM Skudai ni. InsyaAllah, kalau tiada aral melintang, bergraduasi la jawabnye aku pada bulan 10 tahun ni. Yeaaahhh, sekali lagi dapat merasa suasana grad kali ini untuk degree la pulak, ahaks!

Kenapa blog baru? kalau nak di ikutkan, blog lame pon x terupdate. kan?! hahaha..saje-saje gatal tangan la tu. Entah la tibe-tibe datang semangat baru utk buat blog edisi khas sempena kehidupan kehidupan terakhir sebagai seorang pelajar tahun akhir peringkat degree kat UTM nie. so, blog ni hanya valid selama beberapa bulan sahaja. insyaAllah, sekitar bulan Jun  (3-23 Jun) final exam akan bermula. Doakan aku supaya berjaya dalam peperiksaan tersebut, mudah mudahan hayat blog ini tidak akan berpanjangan. wakakaka!

idea untuk berblog baru ini timbul apabila lecturer dalam class tadi duk bising pasal buku log yang perlu ada pada seorang engineer dan juga tertarik dengan kata-kata Bro yang menyatakan kehidupan kita (aku dan rakan sebaya) sedang menghampiri zaman kemuncak bagi seorang remaja, bile  dah 25 atau takat didih, kemuncak, dan bila mencapai 26 dah mula menurun. kat sini ak bukan nk highlight pasal enjoy ke ape. Cumanya tidak lain tidak bukan hanyalah mahu mengabadikan secubit kisah kehidupan aku sepanjang beberapa bulan di alam maya yang serba moden ini..boleh? sedikit sebanyak, semua disebabkan terpangaruh dengan log book yang lecturer duk cakap dalam class tadi. wakakaka! jadi lepas ni, insyaAllah, bile dah berumur 40 tahun, agak2 rindu zaman remaja, zaman belajar, boleh la recall balik dengan bace kat sini. Diary? eee...pelis lah.

So, kat dalam blog ini, ak akan update sedikit sebnyak kisah-kisah, atau ape-ape perkara yang berkaitan dengan kehidupan aku dan maybe makhluk di sekeliling aku jugk akan di abadikan kat sini. maksudnya, bersedialah kamu dengan kisah-kisah annoying aku nanti. ha ha ha. Kepada stalker-stalker kat luar sana, ini merupakan hadiah istimewa untuk anda, khas! wakaka..bajet gila..melebihi si retis nih!!


XoXoXo..publish!! wakakaka...Lisa Sughihani stye!