Sunday, April 28, 2013

minggu yang teramat bz, dugaan, berisiko!

tinggal beberapa hari je lagi sebelum negara kita, mengadakan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).  PRU-13 ini merupakan pengalaman pertama aku menjadi salah seorang pemilih dan undi saya adalah rahsia. he he he. walaupun baru je sebentar tadi satu SMS masuk ke dalam inbox handset aku, "sila balik mengundi dan undilah calon tuuuuttt untuk dun Manir N22". Seraya aku pon menjawab, "bereh booohh..nk balik kene la ejas bus..."" walaupun aku tahu msg tersebut pasti tidak akan dibalas.

kebetulan pula time tu aku tengah berada dalam satu meeting dan taklimat tentang bus untuk balik ke Terengganu sempena mengundi. bile cakap pasal bus, ak rase kalau kat dalam malaysia ni negeri yang paling payah untuk dapat bus adalah negeri-negeri di sebelah pantai timur, terutama negeri Terengganu dan Kelantan. ni berdasarkan pengalaman aku 3 tahun di Kolumpo, dan hampir 3 tahun pula di Johor. setiap kali musim perayaan, terpaksa berebut-rebut cari tiket. pernah satu kali tu, tiket belum dikeluarkan lagi utk dijual, tp aku dah ke kaunter bus bertanyekan pasal tiket.semangat x aku? pernah juga yayasan negeri terengganu sediakan bus kepada pelajar-pelajar yang berada di perantauan dengan menyediakan "bus free". bile free tu, almaklum sajalah..time kat KL dlu, pernah dapat sekali dan time kat JB pula pernah juga merasa sekali. untuk tahun-tahun berikutnya, dah x perlu kisah lagi untuk tiket balik raya. sebab kalendar akademik dah beranjak dan hari raya akan jatuh pada cuti semester.

suasana pilihan raya terdapat jugak sedikit sebanyak terdapat persamaan dengan hari raya sebenarnye. yela, dah name pon RAYA. kan? kalau hari raya, duk sibuk perang mercun, tapi pilihan raya sibuk duk perang poster dan bendera, trend zaman skarang, buat replica plak. ade yag duk buat jet, kapal selam, kereta kebal, cincin rosmah, bag tangan rosmah, ape-ape lagi lah. kalau hari raya duk membazirkan duit bakar bunga api, mercun, tapi pilihan raya membazirkan duit duk print poster, cop bendera. sedangkan, kalau nk di ikutkan jumlah bendera terbanyak sedikit pon tidak mempengaruhi keputusan pilihan raya apatah lagi fahaman politik masing-masing. nampak x persamaan di situ? so, ape salah nye kalau jumlah perkhidmatan bus pon ditambah pada hari-hari tersebut. susah bro nk dpat tiket balik. duit bukan masalah. tapi kuantiti tiket itu sendiri yang terhad. kalau difikir dari level aku seorang pelajar, kenapa lah Abang Jib pilih tarikh yang x sesuai (sebab kami student, so tarikh tu mmg sangat x sesuai bagi kami). Ape salah nye kalau buat time cuti pertengahan semester lepas? tapi die buat tu, mesti ada alasan yang tersendiri kan? ade la sebab-sebab die. bile sebut pasal tarikh ni plak. teringat la plak aku pasal troll yg aku pernah terbaca kat FB. jap aku cari. hehe..


untuk minggu ni sahaja, gerak kerja psm aku agak slow sikit. sebab? bagi laluan kepada subjek lain. yela, dalam sem ni, bukan PSM je aku buat. subjek-subjek lain pon aku ambik jugak..so kene la pandai-pandai bahagikan masa untuk study dan buat kerja-kerja psm. tambah-tambah lagi, naik je dari cuti pilihan raya, berderet-deret test sedang menunggu. so? kene la cover dari awal-awal. klo x...hhmm pham2 jela. dan yang menjadikan minggu ku super duper bz adalah kerana gua terpaksa handle pasal "bus free" untuk balik mngundi kali ni. weeeeehooo! dan ini merupakan inisiatif dari pelajar-pelajar untuk memohon kepada yayasan supaya menyediakan bus setertusnya memberikan peluang kepada kami yang masih lagi tidak mempunyai tiket, pulang mengundi. dua buah bus kesemuanya. oke, jumlah keseluruhan 80 org.

ibaratkan pisang goreng panas. berdesuppp je mereka2 mengisi nama. termasuk la yag tidak layak mengudi. tapi bile ade lagi mereka yg layak mngundi, tetapi tidak mendapat tempat. so terpaksa la gua memohon yag telah mengisi nama tetapi tidak layak mngundi tarik diri. dah bertambah keje. xpasal-pasal ! tapi xpe lah, dah menjadi tanggung jawab kan. ( lagi-lagi, 3 minggu berturut-turut khutbah jumaat di masjid utm berkhutbah mengenai leadership) macam2 ragam dalam satu minggu ni. ade yg nak, pastu x confirm, ade yg bagi name..pastu tarik diri. haissshh, dugaan2. btw, tadi baru je aku buat perjumpaan dengan pelajar2 yg telah memberikan senarai nama. siap sediakan makanan plak tu. tapi 40+ je yg dtg. haish...yang x dtg tu terpaksa la briefing by msg. haisshh...satu kerja lagi!

perkara paling menguji dan paling berat sekali berkaitan dengan bus ni apabila tuuuuuuuuuutttttttt.... alamak, rase mcm xleh cerita la. bahaya. kang dikatakan memburuk-burukkan pihak tertentu. tapi, kalau x cerita, xbest la entry aku kali ni. ibarat makan nasi tanpa kuah. haishh..xpe la, xberani aku nk memulakan semua ni. ape yang penting time ni, berdoa la semoga semuanye berjalan dengan lancar. dan semua yang pulan tu, sampai kerumah dengan selamat dan kembali semula ke utm dengan selamat. insyaAllah.

waktu sekarang menunjukkan 2.35 pagi, dan aku masih lagi x tido. ermmm..xpe la demi update blog. sebab rasenye dah lame x terupdate. sebab tu la follower aku x ramai2. nasib lah, aku xde muka untuk dijual. so no point, untuk mereka-mereka singgah ke sini kalau ye pon entry ak ni x best. (dah la entry x best, badan plak x taff!! ) apedaaa aku mengarut pagi-pagi buta gini. penangan 100+ kot sebelum balik tadi?  ha ha.

esok nk tengok team kipas udang main. semoga jadi champion lagi utk piala dekan kali ni!


Wednesday, April 3, 2013

Minggu Ke-8 yang sangat nervous!

Hari ni, 3 April 2013. merupakan minggu ke-8 untuk semseter terakhir. minggu di mana ak terpaksa submit segala progress aku selama 4 mingu sebelum ini kepada SV aku. yang menjadi masalah, progress terlalu la sikit kerada stuck di bahagian simulation. hadoii..ape nk jadi. td dah ambik initiative lain, dengan menghantar email kepada lecturer power electronic aku semester lepas. mintak tolong kat die. mudah-mudahan segala urusan dipermudahkan, ameen.

8 hingga 14 April (minggu ke-9), cuti mid sem bermula. menandakan kehidupan di semseter akhir ini masih lagi berbaki, 1 bualan, 3 minggu. (nervous nye...mase semakin suntuk, dan PSM aku masih lagi tak kemana.). Kemungkinan besar, jika mendapat feedback yang baik dari lectrer power electronic tu tadi, aku mungkin menghabiskan masa cuti ku selama seminggu di Kolej je. Harap2 dalam tempoh tersebut, progress PSM aku ber jalan dengan lancar. tapi kalau xmendapat feedback yg baik pon, aku mungkin balik lewat jugak. sebab tiket pon x cari lagi. almaklum sajalah, tiket utk ke pantai timur bukannya boleh beli on the spot. lagi lagi kalau musim cuti begini, seminggu paling awal dah kene beli. so..sama saja.

Btw, hari ni aku xde class (kelas satu jam hari ni cancel ). so, harap-harap di pemudahkan segala urusan, dan diberi kekuatan untuk menjayakan PSM aku...asalkan hari ni ade progress..so, boleh la update dalam buku log. esok atau lusa, boleh jmpe dengan SV tanpa segan silu. hehehe!!

SAYA MAHU LULUS & CEMERLANG DALAM SEMUA SUBJEK SEM INI. SEBAB BULAN 10 NANTI SAYA MAHU DATANG KE UTM,  HANYA UNTUK MAJLIS GRADUASI SAHAJA !!


sensgasara ber PSM sampaikan aku dah berkali-kali mimpikan pasal bnde ni.